HADIAH (TV2)
EPISOD: 13 episod
SLOT: Galeri Famili
HARI: setiap Isnin hingga Rabu,
MASA: 2.30 petang
PELAKON: Salina Saibi, Nazim Othman, Aida Khalida, Zack Kool dan Faizal Hussein.
SINOPSIS HADIAH (TV2)
Perjalanan ceritanya mengisahkan cabaran dan keperitan hidup dialami
watak Alia, lakonan Salina Saibi, ibu tunggal anak satu, sering
menghadapi ‘masa getir’ kehidupan dalam mengurus anaknya yang
berpenyakit. Suaminya telah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang
dan kini anaknya, Nur pula mengidap penyakit sama. Alia menganggap Nur
adalah ‘hadiah’ Allah kepadanya.
Alia bekerja dengan Datuk Derani sebagai Setiausaha Peribadi yang
semakin erat dengan majikannya itu. Ini menimbulkan perasan cemburu
Datin Mariam isteri Datuk Derani, hinggakan Datin Mariam menyiasat latar
belakang Alia.
Sementara itu Ramli, seorang ahli perniagaan yang tidak mempunyai teman
wanita yang diketemukan dengan Alia oleh Lucia, salah seorang rakannya
melalui ‘blind-date’.
Perkara itu dihidu Budin, ayah Alia, seorang ‘penipu’ dan nampak peluang
perhubungan Alia-Ramli dengan menggunakan Alia sebagai umpan. Budin
mahu menghancurkan empayar Datuk Derani kerana Datin Mariam adalah
kekasih lamanya. Datin Mariam memilih Datuk Derani kerana harta. Budin
mula membuat strategi untuk menjatuhkan mereka dan siapa sahaja yang
menghalang niatnya akan turut dibinasakannya. Tindakan Budin disokong
oleh kuncu-kuncunya.
Budin dapat meyakinkan Ramli membeli satu hartanah. Ramli meminta
bantuan ayahnya kerana kekurangan modal. Dengan itu, Budin sudah sedia
untuk menipu Ramli. Pada masa yang sama Lina, seorang pemilik salun
kecantikan, merasakan ada ‘peluang besar’ baginya setelah dipilih oleh
Datin Mariam sebagai calon isteri Ramli.
Datuk Derani melamar Alia untuk menjadi isteri keduanya. Ramli juga
melamar Alia walaupun caranya berbeza. Alia menolak lamaran Datuk
Derani. Alia meragui Ramli akan berbahagia dengan keluarganya nanti
kerana dia mempunyai anak yang berpenyakit. Ramli melafazkan janjinya
untuk mengharungi dugaan hidup bersama-sama Alia. Akhirnya, Alia
menerima lamaran Ramli. Datin Mariam terus membenci Alia walaupun Ramli
membawa berjumpanya.
Budin terkejut dan cuba menahan niat Alia untuk mengahwini Ramli itu
kerana dia akan memusnahkan seluruh perniagaan keluarga Datuk Derani
termasuk Ramli. Dia tidak mahu Alia terkena tempiasnya nanti.
Datuk Derani pula kesal dan kecewa kerana Alia memilih Ramli. Beliau
sanggup membayar segala kerugian yang dihadapi supaya Alia meninggalkan
Ramli. Di samping itu, Datin Mariam sentiasa cuba menghalang niat Ramli
untuk mengahwini Alia. Malah Datin Mariam sendiri meminta Alia supaya
melupakan Ramli.
Ramli merayu kepada Alia supaya menerimanya. Tetapi Alia tetap menolak
dengan alasan Lina lebih layak daripadanya. Ramli mengulangi janjinya
kepada Alia. Akhirnya, mereka berkahwin. Alia berhenti kerja untuk
memberi tumpuan kepada suami dan anaknya. Untuk mengeratkan hubungan
keluarga, Ramli berusaha untuk membuatkan Nur menerimanya sebagai ayah.
Nur sering sakit dan memerlukan pemindahan buah pinggang selain rawatan
hemodilysis yang dijalani sekarang. Ramli meminta agar Alia menguatkan
semangat dan banyak bersabar supaya dapat mengharungi dugaan Allah ini.
Pada masa yang sama, Alia meminta agar Ramli meminta maaf daripada kedua
ibubapanya. Tetapi Ramli enggan berbuat demikian.
Perniagaan Ramli menghadapi kebuntuan kerana Datuk Derani tidak mahu
melabur. Lina pula sering meracuni fikiran Ramli dengan mengatakan
bahawa perkahwinan Ramli dengan Alia adalah satu kesilapan. Lina sanggup
menerima Ramli dengan syarat Ramli meninggalkan Alia dan dengan itu
masalah kewangan Ramli selesai.
Alia mahu meng‘hadiah’kan Nur buah pinggangnya. Semasa Alia menjalani
pemeriksaan kesihatan untuk pemindahan buah pinggang, dia didapati telah
mengandung. Dengan itu, dia tidak boleh menjalani pemindahan buah
pinggang itu. Kelewatan ini nanti akan memburukkan lagi tahap kesihatan
Nur. Ramli sanggup meng‘hadiah’kan Nur buah pinggangnya.
Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Bagaimanakah Alia cuba bertahan
bila suami yang disayanginya tiba-tiba koma? Saksikan kesudahan drama 13
episod ini hanya di TV2.

No comments:
Post a Comment