Monday, 10 February 2014

FROZEN ANNA DAN PERMAISURI SALJI



FROZEN ANNA DAN PERMAISURI SALJI
MULAI: 28 November 2013
PELAKON: Liyana Jasmay, Ray , Marsha Londoh., Kristen Bell, Idina Menzel, dan ramai







SINOPSIS FROZEN ANNA DAN PERMAISURI SALJI
Filem ini mengisahkan tentang puteri Anna dalam pengembaraan epik bersama-sama Kristoff dan seekor rusa setia bernama Sven untuk mencari kakaknya, puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir.


Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negaranya, Arrendell, kepada musim sejuk untuk selama-lamanya. Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran seperti ribut salji dan juga bertemu dengan orang batu bersihir dan orang salji lucu dan ceria, Olaf dalam pengembaraan untuk mengembalikan musim panas dan menyelamatkan negaranya.


BOBOI BOY MUSIM 3 2014



BOBOI BOY MUSIM 3
MULAI: 5 Januari
HARI: setiap hari Ahad
MASA: 7.00 malam
EPISOD : 18 episod.











SINOPSIS BOBOI BOY MUSIM 3
Susulan daripada musim kedua di mana BoBoiboy berjaya menumpaskan robot pemusnah ciptaan Ejo Jo telah membangkitkan kemarahannya. Ejo Jo bukan sahaja tampil untuk bersemuka dengan BoBoiBoy malah dia juga mencuri kuasa Gopal, Yaya dan Ying untuk menentang BoBoiBoy.


Ejo Jo yang kini lebih berkuasa dan kebal dengan kuasa baharu yang diperolehi telah melakukan serangan bertubi-tubi terhadap BoBoiBoy. Bukan itu sahaja, Ejo Jo juga berjaya menemui potensi kuasa yang dimiliki oleh Gopal, Yaya dan Ying sehingga membebaskan perisai kuasa yang sukar ditembusi.

Hanya bertarung keseorangan tanpa bantuan daripada Gopal, Yaya dan Ying, BoBoiBoy menghadapi masalah untuk menangkis serangan Ejo Jo dan dia mula hilang harapan. Tiba-tiba, Adu Du turut menyertai pertarungan itu demi menuntut bela terhadap kemusnahan Probe di tangan Ejo Jo.


Mampukah BoBoiBoy menumpaskan Ejo Jo yang telah menguasai semua potensi kuasa Gopal, Yaya dan Ying?


SUPERSQUAD THE MOVIE





SINOPSIS SUPERSQUAD THE MOVIE


Kisah Supersquad The Movie bermula sekitar tahun 2413 yang mana Supersquad merentas masa ke tahun 2013 apabila sebuah armada makhluk asing menyerang bumi. Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai Laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan armada itu, namun ratu makhluk asing sudah menukar taktik dengan membuka portal ke zaman kini menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa.


Pasukan Supersquad berjaya merentas masa ke tahun 2013 sebelum sempat dimusnahkan oleh tsunami masa. Pada zaman kini, mereka terhempas di pinggir sebuah kampung dan terpaksa menyamar sebagai sebuah kumpulan rock kapak yang tersesat ke kampung sambil menunggu kapal dibaiki oleh robot mereka. Di sini, Supersquad berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah mereka jangka iaitu hidup cara kampung.

Supersquad bertemu dengan Mat yang menceritakan kepada mereka mengenai satu ramalan purbakala empayar Nagasakti iaitu apabila langit menjadi hitam, makhluk dari kegelapan angkasa akan memusnahkan bumi.

Pada masa sama, ratu makhluk asing membuat persiapan terakhir untuk menetaskan berjutajuta telur yang mengandungi askarnya. Apabila Mat diculik oleh makhluk asing, Supersquad bergegas ke KLCC dan menyaksikan kapal induk makhluk asing sedang turun dari langit.

Apakah kaitan Mat dengan ramalan purba itu? Dapatkah Supersquad menyelamatkan bumi dan ayah mereka daripada kemusnahan makhluk terbabit? Saksikan filem animasi ini kelak.

THE SMURFS 2


THE SMURFS 2
TARIKH: 8 Ogos
PENGARAH: Raja Gosnell
GENRE: Animation, Family, Comedy
PELAKON: Datuk Aznil Nawawi, Hafidzuddin Fazil, Lisa Surihani, Zizan Razak, Elfira Loy dan Ray (Era FM).
MULA TAYANGAN: 08 Aug 2013



SINOPSI THE SMURFS 2
Sekuel kepada filem animasi aksi komedi ini menyaksikan ahli sihir jahat, Gargamel yang telah mencipta beberapa makhluk nakal dan menyerupai Smurf yang diberi nama Naughties dengan harapan ia akan memberikannya kuasa ajaib.


Walaubagaimanapun, apabila dia menyedari hanya Smurf boleh memberikan apa yang diinginkannya itu dan Smurfette tahu sihir rahsia yang berupaya menukar Naughties kepada Smurf tulen, Gargamel bertindak menculik Smurfette dan membawanya ke Paris di mana dia telah disanjung tinggi sebagai ahli sihir terunggul dunia.

Kini, terpulang kepada Papa, Clumsy, Grouchy dan Vanity bersama-sama rakan manusia, Patrick dan Grace Winslow untuk menyelamatkan Smurfette! Pada masa yang sama, adakah Smurfette yang selalu berasakan dirinya berbeza daripada Smurfs lain merasai ada hubungan dengan The Naughties, Vexy dan Hackus?













HADIAH (TV2)

HADIAH (TV2)
EPISOD: 13 episod
SLOT: Galeri Famili
HARI: setiap Isnin hingga Rabu,
MASA: 2.30 petang
PELAKON: Salina Saibi, Nazim Othman, Aida Khalida, Zack Kool dan Faizal Hussein.



SINOPSIS HADIAH (TV2)
Perjalanan ceritanya mengisahkan cabaran dan keperitan hidup dialami watak Alia, lakonan Salina Saibi, ibu tunggal anak satu, sering menghadapi ‘masa getir’ kehidupan dalam mengurus anaknya yang berpenyakit. Suaminya telah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang dan kini anaknya, Nur pula mengidap penyakit sama. Alia menganggap Nur adalah ‘hadiah’ Allah kepadanya.

Alia bekerja dengan Datuk Derani sebagai Setiausaha Peribadi yang semakin erat dengan majikannya itu. Ini menimbulkan perasan cemburu Datin Mariam isteri Datuk Derani, hinggakan Datin Mariam menyiasat latar belakang Alia.

Sementara itu Ramli, seorang ahli perniagaan yang tidak mempunyai teman wanita yang diketemukan dengan Alia oleh Lucia, salah seorang rakannya melalui ‘blind-date’.

Perkara itu dihidu Budin, ayah Alia, seorang ‘penipu’ dan nampak peluang perhubungan Alia-Ramli dengan menggunakan Alia sebagai umpan. Budin mahu menghancurkan empayar Datuk Derani kerana Datin Mariam adalah kekasih lamanya. Datin Mariam memilih Datuk Derani kerana harta. Budin mula membuat strategi untuk menjatuhkan mereka dan siapa sahaja yang menghalang niatnya akan turut dibinasakannya. Tindakan Budin disokong oleh kuncu-kuncunya.

Budin dapat meyakinkan Ramli membeli satu hartanah. Ramli meminta bantuan ayahnya kerana kekurangan modal. Dengan itu, Budin sudah sedia untuk menipu Ramli. Pada masa yang sama Lina, seorang pemilik salun kecantikan, merasakan ada ‘peluang besar’ baginya setelah dipilih oleh Datin Mariam sebagai calon isteri Ramli.

Datuk Derani melamar Alia untuk menjadi isteri keduanya. Ramli juga melamar Alia walaupun caranya berbeza. Alia menolak lamaran Datuk Derani. Alia meragui Ramli akan berbahagia dengan keluarganya nanti kerana dia mempunyai anak yang berpenyakit. Ramli melafazkan janjinya untuk mengharungi dugaan hidup bersama-sama Alia. Akhirnya, Alia menerima lamaran Ramli. Datin Mariam terus membenci Alia walaupun Ramli membawa berjumpanya.

Budin terkejut dan cuba menahan niat Alia untuk mengahwini Ramli itu kerana dia akan memusnahkan seluruh perniagaan keluarga Datuk Derani termasuk Ramli. Dia tidak mahu Alia terkena tempiasnya nanti.

Datuk Derani pula kesal dan kecewa kerana Alia memilih Ramli. Beliau sanggup membayar segala kerugian yang dihadapi supaya Alia meninggalkan Ramli. Di samping itu, Datin Mariam sentiasa cuba menghalang niat Ramli untuk mengahwini Alia. Malah Datin Mariam sendiri meminta Alia supaya melupakan Ramli.

Ramli merayu kepada Alia supaya menerimanya. Tetapi Alia tetap menolak dengan alasan Lina lebih layak daripadanya. Ramli mengulangi janjinya kepada Alia. Akhirnya, mereka berkahwin. Alia berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada suami dan anaknya. Untuk mengeratkan hubungan keluarga, Ramli berusaha untuk membuatkan Nur menerimanya sebagai ayah.

Nur sering sakit dan memerlukan pemindahan buah pinggang selain rawatan hemodilysis yang dijalani sekarang. Ramli meminta agar Alia menguatkan semangat dan banyak bersabar supaya dapat mengharungi dugaan Allah ini. Pada masa yang sama, Alia meminta agar Ramli meminta maaf daripada kedua ibubapanya. Tetapi Ramli enggan berbuat demikian.

Perniagaan Ramli menghadapi kebuntuan kerana Datuk Derani tidak mahu melabur. Lina pula sering meracuni fikiran Ramli dengan mengatakan bahawa perkahwinan Ramli dengan Alia adalah satu kesilapan. Lina sanggup menerima Ramli dengan syarat Ramli meninggalkan Alia dan dengan itu masalah kewangan Ramli selesai.

Alia mahu meng‘hadiah’kan Nur buah pinggangnya. Semasa Alia menjalani pemeriksaan kesihatan untuk pemindahan buah pinggang, dia didapati telah mengandung. Dengan itu, dia tidak boleh menjalani pemindahan buah pinggang itu. Kelewatan ini nanti akan memburukkan lagi tahap kesihatan Nur. Ramli sanggup meng‘hadiah’kan Nur buah pinggangnya.

Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Bagaimanakah Alia cuba bertahan bila suami yang disayanginya tiba-tiba koma? Saksikan kesudahan drama 13 episod ini hanya di TV2.

YES BOSS (TV3)



YES BOSS (TV3)
SLOT: Dramady TV3
HARI: hari Sabtu dan Ahad,
MULAI: 15 Februari
MASA: 6 petang
PELAKON: Fahrin Ahmad dan Emma Maembong , Ryzal Jaafar dan Nurkhiriah , Norlia Ghani, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Aishah Ilias, Aidil Aziz, Shamsul Ghaw2, Wan Maimunah, Cha Cha Maembong, Hisham Hamid, Shella Faeiz






SINOPSIS NOVEL YES BOSS
Tidak sesuai kerja di Pizza Hut, Aryana masuk pula di McDonald’s. Tidak suka di McDonald’s pergi pulak Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat kabel mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya.

Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Nantikan drama Yes Boss Sabtu ini di TV3.











Tuesday, 4 February 2014

JIKA ITU TAKDIRKU



JIKA ITU TAKDIRKU (TV3)
SLOT: Akasia,
MULA TAYANGAN: 2014
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis.
EPISOD: 24 Episaod
PELAKON: Shah Iskandar dan Intan Ladyana, Syukri Yahya, Arash Mohd, Azwan Kambos, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
MENGGANTIKAN DRAMA: